top of page

BERMAIN

Updated: Nov 23, 2023

Episode 1:

Bonda dan ayahanda mahu tak memahami makna bermain dalam dunia awal kanak-kanak?

Bermain merupakan pekerjaan / fitrah seorang kanak-kanak.

Banyak kajian terdahulu membincangkan topik bermain ini. Menurut Montessory (1870-1952) dengan bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas hati. Fikiran mereka menjadi lebih tenang dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Permainan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah boleh bermula dengan sesuatu yang mudah seperti bertepuk tangan, lelap mata dan menjelir lidah kepada yang lebih rumit seperti mengayuh basikal, membaling bola dan menyusun blok.

Bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak sebab ia menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan kesihatan emosi mereka, Friedrich Froebel (1782-1852).Menurut Erikson( 1985), mereka belajar dan meneroka persekitaran melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi.

Menurut Mariani (2013) menjelaskan main atau bermain merupakan sebarang aktiviti yang memberi kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti.

Orang dewasa juga menjalankan hobi/riadah untuk menghilangkan tekanan, Begitu juga dengan kanak-kanak. Tanpa luahan perasaan dari permata hati ayahanda dan bonda, dengan bermain mereka dapat hilangkan tekanan yang mereka alami tanpa ayahanda dan bonda sedar.

Adalah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia untuk berhadapan dengan cabaran dan ujian. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka juga tidak terlepas daripada cabaran dan ujian yang memberi tekanan dalam kehidupan. Tekanan ini berpunca daripada pelbagai faktor seperti keluarga, persekitaran, pembelajaran dan sebagainya. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan bantuan ataupun sokongan untuk menghadapi cabaran dan kesukaran dalam kehidupan. Bimbingan dan kaunseling adalah salah satu perkhidmatan yang berupaya membantu kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkhidmatan yang diberikan haruslah berbeza dengan pendekatan terhadap orang dewasa kerana tahap perkembangan adalah berbeza.

Dewasa ini masalah kesihatan mental terlalu banyak kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Samada kita sedar/ tidak kita yang dewasa ini perlu cakna tentang isu ini dan sama-sama mencari ilmu untuk mengelakkannya dari berlaku dikalangan ahli keluarga kita.


Tidak dapat dinafikan bermain adalah aktiviti yang memberikan keseronokan dan agama Islam tidak sama sekali menegah malah menggalakkan kanak-kanak untuk bermain, sebagaimana hadis diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata; ‘Aku selalu bermain anak patung di rumah Rasulullah SAW. Adakalanya rakan-rakan ku datang untuk bermain bersamaku. Suatu hari Nabi SAW datang kepada kami, kami semua terus bersembunyi kerana takutkan Baginda Nabi SAW. Namun begitu, Nabi SAW tidak pula kelihatan marah (apabila melihat patung mainan di tangan mereka),tetapi Nabi SAW datang dan bermain bersama’ (Al-Imam Abi 'Abdillah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, Sahih Bukhari 5, no. 5779).

Bagi usia 0-6 tahun Rasulullah SAW menyuruh untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak-anak dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang diberikan tidak boleh dibezakan sama ada anak yang sulung atau yang bongsu. Ibu bapa tidak boleh sesekali memukul anak-anak diusia ini disebabkan kesalahan walaupun bertujuan untuk mendidik. Seterusnya, bagi usia 7-14 tahun, ibu bapa perlu menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak. Inilah masa terbaik bagi orang tua dalam membentuk akhlak dan keperibadian anak-anak mengikut acuan Islam. Pada usia 15-21 tahun, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak-anak dan manakala pada usia 21 tahun ke atas ibu bapa perlu memberi kebebasan di samping memantau, menasihati serta diiringi dengan doa agar anak-anak sentiasa berada di jalan yang benar.


Bermain dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bermain secara berstruktur dan tidak berstruktur.




Bermain tanpa berstruktur (tiada arahan dari orang dewasa dan tidak meletakkan aim dalam permaianan yang dimain)

Kelebihan: Kanak-kanak akan rasa lebih bebas untuk berkarya, relase darivtekanan, ibu bapa/ guru boleh memantau keselamatan dan melihat perkembangan stages of play mereka.

Bermain tanpa struktur adalah yang TERBAIK bagi kanak-kanak 7 tahun ke bawah.


Nak tahu 'bermain' seterusnya, episod ke2 akan menyusul. Stay tune !

"Biarkanlah anak bebas bermain hingga usia tujuh tahun”. Sementara Rasulullah SAW berkata, “Biarkanlah mereka bermain. Bumi adalah padang rumput bagi anak-anak"

5 views1 comment

Recent Posts

See All
bottom of page